Profil Saya>
Pra Perkahwinan>
Nikah>
Cerai>
Rujuk>
Kaunseling>
Laman Utama    |  Log Keluar  
 
 
:: Informasi Cerai

1. Permohonan Daftar Cerai
Laman ini menyediakan Borang Permohonan Pendaftaran Perceraian bagi memudahkan pengguna atau orang awam memohon pendaftaran cerai secara online tanpa perlu hadir ke Pejabat Agaman Islam Daerah  berhampiran.

Laman ini juga membolehkan kerani data memasukkan maklumat pemohon secara online, apabila pemohon hadir membuat pendaftaran perceraian secara manual setelah mendapatkan kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Dengan cara demikian, maklumat pemohon dapat disimpan dengan lebih sistematik, di samping mempercepatkan proses pengeluaran Surat Perakuan Cerai kepada pemohon dan urusan-urusan yang berkaitan di pejabat.
 
2. Permohonan Salinan Daftar Cerai

Surat Perakuan Cerai adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah bercerai. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.

Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen perceraian yang baru boleh dipohon di Pejabat Kadi Daerah.

Sehubungan dengan itu, laman ini menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Cerai secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang bercerai di Johor, memohon salinan surat perakuan cerai yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di Pejabat Kadi Daerah.

 
  
 
 
Hakcipta Terpelihara Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim